Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, November 22, 2010

Hilang nyawa kerana selamatkan rakan


SANAK saudara mengusung mayat Ahmad yang lemas ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di Hutan Lipur Hulu Tembakah, Hulu Besut, Terengganu kelmarin.

BESUT - Niat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan rakannya daripada lemas berakhir dengan tragedi apabila dia terkorban manakala rakannya selamat dalam kejadian di Hutan Lipur Lata Tembakah Hulu Besut dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika Ahmad Mustapha, 18, dikatakan cuba menyelamatkan rakannya yang dikenali sebagai Salahuddin yang hampir lemas ketika mereka bersama 12 lagi rakan dari Kampung Kulim Hilir, Pasir Puteh, Kelantan mandi-manda di kawasan kolam di situ.

Bagaimanapun, usahanya itu tidak ke mana apabila dia pula yang lemas manakala Salahuddin dapat diselamatkan dengan bantuan rakannya, Mohd. Zulhi Awang, 22.,,,,,,,,,,,KOSMO

4 comments:

sud@is said...

diri terkorban kerana kasih seorang kawan, pengorbanan yang sangat besar

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Semoga Allah meletakkan rohnya kalangan mereka yang diampuni....

Nuf4u said...

terima kasih

saudara Sudais

Puan Fuziani JSR

kakitidor said...

Al-Fatihah..
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman..AMIN.