Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Saturday, November 20, 2010

Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi


iSMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.

KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.

Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.

"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.

Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.

Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update...KOSMO

25 comments:

cacing said...

cayalah... pasni leh kite main judi ngan polis.... *merapu2!

Nuf4u said...

perkara ni tak perlu belajar...fikirlah sendiri

ckynwan said...

erk... cmtu ke?jangan nanti polis ketagih judi dah la

Mr Ceym said...

setiap yang kita wat, ada keburukan dan kebaikan...fikir2kanlah

Cikbelog said...

erk..erkk....harap2 bekesan lah cara nie yea

Nuff4u said...

cik yien : harap mcm tu la

cyikin wan : takut jadi cam tu plak...sapa nak bagi duit main judi plak

AJIE said...

err..knape mcm pelik je.
boleh ke mcm tu.

misSbLurRy said...

no komen....

p/s: mcm bangang

kEy said...

veh....abes kalo nak tangkap pembunuh kne membunuh la? hape ke nye la....asal la cm tak logik je...

farahwahida said...

wow hebat..harapnya polis jgn salah guna sudah:)

Hakimi Reza said...

waaaaaaaaa~~~~~best2

hakhakhak

Unknown said...

kena pandang positif..mungkin senang polis nak buat pengintipan kalau dia tau cara berjudi. Takde la kaki judi tu perasan.

hope jangan salah guna..

ghost said...

casino tetap jugak tumbuh macam lalang..

Nuf4u said...

kadang kadang rasa pelik juga ye

Nuf4u said...

terima kasih ye

Ajie mohd tahir

Missblurry

Kay...

Anonymous said...

sokong ngan KEY..sangat pelik..ape nak jadik la..pasni polis kene isap dadah..br senang nak memahami jiwa penagih kan...

Nuf4u said...

ma kacih

Key ngan bella..sama pendapat ye...huhu

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

urmm...mybe polis nie ada cara mereka sendiri. polis kita kan antara polis yg terbaik di dunia. kita tgk dah lihat je dulu..kalau x berkesan guna cara lain lak.

Anonymous said...

gud idea tp kenapa sebarkan pada org ramai..so kaki2 judi kt lua tu dah taw la.akan ada polis yg join main judi bila ada taruhan..

to all : klo hal2 dadah xdelah nk kene isap ..cukop polis tahu jenis2 dadah..aplikasi dan cara dorg menagih..klo nk cari pembunuh xde la kene pndai mmbunuh jugak..untuk merisik dorg kene menyamar..nk menyamar kene ada ilmu supaya x fake depan penjenayah..so jgn sempitkan fikiran

dalam risikan mereka perlu dalami bnyk perkara untuk melancarkan risikan..tgk je la citer2 spy omputeh..jgn tgk je..ambil la ilmu dari film tu...

Anonymous said...

Pakar judi diwujudkan untuk melahirkan pegawai polis yg pakar menganalisi setip tangkapan judi di malaysia tak kiranya melibatkan nombor 4 ekor, judi komputer, bola dan sebagainya..tanpa pakar judi suda suda tentu judi yg ada di malaysia sukar untuk di bentras kerana tiadanya pakar yg boleh menganalisa setiap judi khususnya membolehkan pesalah judi dihadapan ke mahkamah berserta keterangan yg di berikan oleh pakar judi..harap semuanya jelas

Unknown said...

qzz0525
links of london
christian louboutin shoes
longchamp pas cher
keen shoes
true religion uk
canada goose outlet
burberry outlet
michael kors wallets
yeezy boost
christian louboutin outlet

Unknown said...

qzz0710
michael kors outlet
jimmy choo shoes
nike outlet
canada goose outlet
michael kors outlet online
true religion jeans
prada outlet
kate spade outlet
michael kors outlet
nike pegasus

Unknown said...

vans store
jordan 12
nike flyknit
nike cortez
stephen curry shoes
mbt shoes
supreme hoodie
fila online shop
pandora bracelet
moncler

Cara Menghilangkan Kantung Mata said...


This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)

Obat gatal Kudis/gudik
Walatra Gamat Emas Kapsul
Vitamin Untuk Kesehatan Anak
Penyebab sering mimisan
Obat Telinga Berkerak dan Berair

Anonymous said...

hermes bags
kd 15
jordan 13
jordan retro
bape
jordan outlet
off white clothingoutlet
kd 14
golden goose
goyard