Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Friday, November 26, 2010

Ratu Elizabeth II jadi tumpuan


RATU ELIZABETH II menyaksikan beberapa gadis membaca al-Quran di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

ABU DHABI - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

Sebuah akhbar melaporkan Ratu Elizabeth II yang diiringi suaminya, Putera Philip dan anak ketiga mereka, Putera Andrew, tiba di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin bagi melakukan lawatan.

Sebelum melawat ruang solat masjid berkenaan, baginda memberi penghormatan di makam Sheikh Zayed yang merupakan pengasas negara UAE.

Baginda kemudian membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke UAE dalam usaha untuk merapatkan hubungan negara berkenaan dengan Britain. - Agensi..KOSMO

14 comments:

Adam Aizad said...

lawa ratu pakai hijab ..hehhe

Adem & Cats

Unknown said...

Inilah negara yg perlu di jadikan contoh, biar masyarakat bukan islam kagum dan menghormati agama islam.

Abu Luqman said...

orang kafir pulak pakai elok nu....

piasara said...

omputih pun tau hormat majliss..

xfatynx said...

bagusnyeee

AA said...

hah..bgusnye ratu tu..hormat n ikut gak sikit sikit ajaran islam.. :D

Nuf4u said...

terima kasih semua

ghost said...

lihat lah rakyat malaysia yang teragung,seorang permaisuri..tertinggi dalam negara yang besar sanggup melakukan itu semua kerna menghormati agama.Tapi kenapa di sini orang non-muslim masuk masjid,masuk surau dijadikan isu sebagai tidak menghormati agama?why...kononnya menyentuh sensitiviti islam..

Nuf4u said...

terima kasih

cik biskut..betul tu...saja posting..nak tgk idea kwn kwn

Nuf4u said...

Orang putih lebih hormati negara arab..dari orang Malaysia yang kutuk bangsa asing masuk surau ...Masjid

Nuf4u said...

Orang putih lebih hormati negara arab..dari orang Malaysia yang kutuk bangsa asing masuk surau ...Masjid

Anonymous said...

semoga queen terbuka hati masuk Islam

orang muo said...

setuju dengan nuf4u..

ijatnuar87 said...

bagusnyer...walaupom bukan islam,masuk dalam masjid dengan menghormati islam,bukak kasut,ttp rambut...mcm isteri obama buat masa diorg dtg indon aritu...