Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, November 4, 2010

Tiang gol bola baling ragut nyawa


TIANG gol bola baling inilah yang meragut nyawa Mohd. Khairi Iskandar Onzek.

KEPALA BATAS - Seorang pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini mati selepas ditimpa tiang gol bola baling yang tiba-tiba terjatuh ketika bermain di padang sekolah yang sedang dibaiki Isnin lalu.

Mangsa, Mohd. Khairi Iskandar Onzek, 8, yang cedera parah di kepala meninggal dunia pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Ibrahim Mohamad berkata, mengikut laporan awal daripada pihak sekolah, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang merupakan pelajar sesi petang dikatakan bermain bersama empat lagi rakannya di kawasan padang sekolah itu sementara menunggu waktu perhimpunan untuk pelajar sesi petang bermula pada pukul 12.45 tengah hari.

“Ketika bermain, mangsa bersama rakannya dikatakan mengangkat tiang gol yang dijatuhkan oleh pihak sekolah sebelum tidak diketahui macam mana tiang yang telah diangkat itu terjatuh semula dan menimpa mangsa,” kata beliau.

Berikutan kejadian itu, Ibrahim memberitahu, pihak sekolah telah menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas (HKB) selain memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa...KOSMO

10 comments:

Unknown said...

nak salahkan sapa plak kan~~kalau kes2 mcm nie~~aduh~~

BANNER SENGAL

Unknown said...

ishk....bahaya tol...kesian budak...haih....

http://yoishme.blogspot.com

-anidaothman- said...

sian BUDAK nie..at last KEMATIAN menyelubungi dia......kebetOlan CIKGU SUKAN dia close ngan famili saya
tuhlaa dengaq cikgu tuh cerita menyanyat hati,.....

masmurni said...

salahkan bola!!!!
Bola is not good. Everybody must avoid playing bola, try play something more safe like 'main masak2 or somethin else

aulia adz said...

Ambil sebagai satu peringatan memikirkan siapa yang patut perihatin dan bertanggungjawab bila sesuatu terjadi di sekolah...Al-Fatihah.

sud@is said...

kanak2 tidak faham tentang bahaya, pihak sekolah sepatutnya peka apa yang berlaku

Unknown said...

tengok la tiang bola tu pun macam dah uzur sangat..
mungkin sebab tu pihak sekolah jatuh kan tiang tu..nak buang agaknye..
tapi diaorang pulak yang pi main kat situ..
tak kan pihak sekolah tak kabarkan pada murid2 jangan main kat situ..kan??

**hudalulu** said...

kesiannya....huhuh

Anonymous said...

tiang yang tak di pasak ke tanah memang merbahaya. di tempat seri pon ada seorang pelajar patah leher lalu meninggal tahun lalu tertimpa tiang gol.

ar. said...

tiang bola tu memang macam tu .. kat sekolah saya pon ada .. tiang tu tak stabil .. sebab tu dorang tebalik kan .. tiang tu kena bola sikit pon da gegar ,,