Home

Nuff

klik kan ye

Monday, February 28, 2011

Mati lemas selamatkan adik


MOHAMAD ZAHER dipeluk neneknya, Ramlah Zainal ketika dirawat di Hospital Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi mati lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya yang terjatuh dalam kolam renang di sebuah hotel di Desaru di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohamad Zuhary Mohamad Zailani, 17, cuba menyelamatkan adiknya, Mohamad Zaher, 14, yang terjatuh di dalam kolam renang sedalam empat meter di hotel berkenaan.

“Sebelum kejadian, Mohamad Zaher dikatakan melompat-lompat di papan anjal di kolam renang itu sebelum dia terjatuh ke dalam kolam dan terus tenggelam,” kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, Mohamad Zuhary yang melihat Mohamad Zaher tenggelam terjun ke dalam kolam itu untuk menyelamatkan adiknya bagaimanapun kedua-dua beradik itu lemas kerana mereka tidak pandai berenang.

Muhammad berkata, bapa mangsa yang berada tidak jauh dari kolam itu terjun ke dalam kolam itu manakala ibu kepada dua beradik itu berlari mencari bantuan.

Saturday, February 26, 2011

Gajah Mengamuk, Kereta di Terbalikkan


SEEKOR gajah mendekati sebuah kereta yang dinaiki John dan Carina Lowers di Taman Pilanesberg, Afrika Selatan baru-baru ini.

TAMAN PILANESBERG, Afrika Selatan - Satu pasangan terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka menjadi mangsa serangan seekor gajah jantan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku kerana gajah tersebut berang selepas tersilap sangka bahawa kereta itu adalah seekor gajah betina yang sedang duduk di sini, baru-baru ini.

Pasangan yang berada dalam kereta itu, John dan Carina Lowers merangkak keluar dari kereta tersebut selepas mereka melihat gajah berkenaan beredar selepas ia menterbalikkan kenderaan tersebut. - Agensi

Bergerun aku..kalau kat Malaysia macam mana ye..huhu

Friday, February 25, 2011

Jom Kita Lihat Aeksesori tandas

Dispenser Ubat Gigi

Lampu Mandi LED Sensitif Haba
Notepad kalis air
Gel Dispenser Berbentuk Hidung

Macam macam kreatif ye...

Wednesday, February 23, 2011

Suasana Demontrasi Di Bahrin

Kawasan berselerak selepas berdemontrasi
Orang awam yang meninggal..di tembak polis
Fuh..kereta kebal yang mengawal...lari la
Orang awam yang tercedera
Pendemontrasi lari lintang pukang..menyelamatkan diri

Kesian kena balun atau kena baling batu

Maut tertonggeng dalam longkang


Anggota polis melakukan pemeriksaan pada kereta Toyota Vios milik Siti Aisyah yang rosak selepas dirempuh motosikal penyamun di Taman Mega Jaya, Ampang semalam.

AMPANG JAYA – Kegembiraan dua lelaki warga asing untuk meraikan kejayaan dapat menyamun beg tangan seorang wanita tidak bertahan lama apabila salah seorang mereka mati manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang mereka tunggangi merempuh kereta mangsa di Jalan Mega 11, Taman Mega Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang suspek berusia 35 tahun mati selepas tertonggeng ke dalam longkang hingga menyebabkan kemaluannya pecah.

Rakannya yang berumur 24 tahun pula kritikal selepas cedera parah di kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang di sini.

Kejadian itu berlaku di satu persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari lokasi beg tangan mangsa disamun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika kejadian, Siti Aisyah Mahayuddin, 28, dikatakan hendak menutup pintu pagar rumahnya selepas meletakkan beg tangan di tempat duduk penumpang depan kereta Toyota Vios miliknya. KOSMO.

Sapa sangka ye..seorang wanita boleh menjadi berani apa bila , kena raompak..huhu

Monday, February 21, 2011

Azizulhasni juara Piala Dunia


Walaupun cedera, Azizulhasni juara Piala Dunia

SEORANG petugas wanita membantu Mohd. Azizulhasni yang cedera akibat tertusuk kayu ketika berlumba di Manchester, England semalam.

MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.

Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan.

Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan.

Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.

Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam.

Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini. KOSMO

Hebat ye..azizulhasni..nasib baik kayu yang tercucuk kakinya, tak terkena tulang

Saturday, February 19, 2011

Teknik Nak Follower Banyak Ye....

Lakaran tapak follower apabila kita follow diri kita sendiri..mudahkan..kalau kita tak follow diri kita sendiri..maka payahlah orang lain nak follow kan...

Salam untuk rakan Blogger..

Saja nak buat n3 ni..nak tunjuk cara cara,,nak ramaikan follower, saya bukanlah pandai sangat..tapi ada yang minta , macam mana saya boleh dapat follower sampai seribu lebih tak sampai setahun pun.
Mudah je..mula mula kita kena follow blog kita semdiri..baru kita boleh follow orang lain..sebab pa ye..lihat di gambar bawah.



ini adalah gambaran follower saya...yang di follow oleh cik adik/kakak/abe kite ye..terima kasih lah..selamat mencuba ye...kalau rakan blogger tak tinggal kan ..jejak pada c box anda..kita boleh klik pada link dia ..mudahkan..selamat mencuba........

Friday, February 18, 2011

Honda Malaysia panggil balik 23,646 unit kereta



KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010 bagi menggantikan lost motion springs dan retainers bagi kesemua kenderaan terbabit.

Dalam satu kenyataan, Honda berkata, lost motion springs yang dimampat oleh rocker arms dalam enjin biasa mungkin bengkok atau pecah sekali gus mengakibatkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti. KOSMO

haha..macam macam sekarang nie..dahlah harga mahal..kena repair balik pulak tu



Thursday, February 17, 2011

Merangkak 100m sebelum ajal


SEORANG anggota polis melihat keadaan SUV Nissan Murano yang dipandu Nazaruddin (gambar kecil) di Kampung Gong Batu, Setiu semalam.

SETIU – Seorang penyelia sukan di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep), Batu Rakit sempat merangkak sejauh 100 meter sebelum menemui ajal selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandunya terbabas di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gong Batu di sini semalam.

Mayat Nazaruddin Mohd. Noor, 57, ditemui tertiarap oleh seorang pekerja ladang yang melalui kawasan itu ketika keluar bekerja pada pukul 7 pagi.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas kenderaan yang dipandu Nazaruddin terlanggar seekor babi hutan yang melintas jalan sebelum ia terbabas dan terbalik ke dalam kawasan ladang kelapa sawit kira-kira 40 meter dari jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, sejurus kenderaan itu terbabas, mangsa sempat keluar untuk cuba mendapatkan bantuan dengan merangkak sejauh 100 meter sebelum dia meninggal dunia.

Menurutnya, mangsa sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kubang Kerian, Kelantan menuju Instep di Batu Rakit...sumber KOSMO

Tuesday, February 15, 2011

Aksi spontan juruterbang dalam jet


GAMBAR menunjukkan bentuk jet Typhoon yang dirakamkan jurugambar, Peter Bailey di Cadair Idris,Wales baru-baru ini.

CADAIR IDRIS, Wales - Seorang juruterbang sempat melambaikan tangan ke arah seorang jurugambar semasa dia berada di dalam sebuah jet tempur yang bergerak pada kelajuan 804 kilometer sejam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Juruterbang itu melambaikan tangannya ke arah jurugambar tersebut, Peter Bailey yang berada kira-kira 91.44 meter dari jet tersebut di kawasan pergunungan Cadair Idris baru-baru ini.

Bailey sempat merakamkan gambar juruterbang Tentera Udara Diraja Britain itu yang duduk di dalam ruang kokpit jet Typhoon berharga £68 juta (RM332 juta).

Semasa gambar itu dirakamkan, jet tersebut melakukan satu latihan ketenteraan. - Agensi

Hebat ye...masih sempat lagi untuk melambai lambai ye..kepada jurugambar

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Assalammualaikum..hari ini 12 Rabiulawal..1432 Hijrah kita menyambut dan memperingati hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Maka sama samalah kita muhasabah diri serta mendekatkan diri kepada Allah.
Pada hari muliadan di tahun baru ini, kita mempertingkatkan amalan, serta menjauhi diri dari perkara perkara mungkar, perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammmad S.A.W.

Sunday, February 13, 2011

Rahsia Untuk Mendapatkan Bufferd Earning..


Salam rakan buat blogger.

Oleh kerana ramai yang nak tahu rahsia untuk mendapatkan be ( bufferd earning ) dari iklan nuffnang. mudah je ikut cara saya..ye..saya pun baru je baru 8 bulan berblogger secara aktif.dulu secara slow slow sahaja...tak secargas seperti hari ini..saya bagi tips mudah je..

1. Kena sabar
2. Rajin Blog Walking
3. Bukan outo BW
4. Tiada Iklan Lain selain dari Iklan Nuffnang
5. Maintain atau kekalkan page view di antara 150 hingga 200 sehari...
6. Semasa bw...cari .blogger yang aktif sahaja..supaya dia boleh mai pada blog kita.
7. Kena rajin update... up date..apa apa aje..la
8. Jangan sombong..ada yang sombong tau.huhu
9. kalau ada yang lain nanti saya tambah..

Nota : mustahak ..jangan masukkan iklan yang selain dari nuffnang, sebab itu pantang mereka..selamat mencuba..hehe...


Saturday, February 12, 2011

Mari Mari, Motosikal dilelong serendah RM30


KONG MENG (kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada motosikal yang dilelong di IPD Timur Laut, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Serendah RM30. Itulah nilai lelongan sebuah motosikal jenis Honda Cub pada acara lelongan awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini semalam.

Motosikal itu adalah sebahagian daripada 118 buah kenderaan termasuk kereta yang merupakan barang kes dan barang yang tidak dituntut pemilik.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejumlah RM11,830 berjaya dikutip dalam acara lelongan tersebut.

Katanya, ia meliputi 111 buah motosikal dengan nilai jualan RM9,180, enam kereta (RM2,290) dan sebuah van (RM360) yang kebanyakannya disimpan sejak tiga tahun lalu.

“Nilai lelongan tertinggi ialah kereta Nissan Cefiro pada harga RM710,” katanya.

Menurutnya, selain jenama Honda, motosikal yang turut dilelong ialah Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan Modenas manakala kereta pula model Nissan Cefiro, Volvo dan Honda Accord..KOSMO

Fulamak..aku tak sempat nak beli la...huhu

Wednesday, February 9, 2011

Syukran..Terima Kasih..Nuffnang


Salam buat semua..

Bukan hendak menunjuk..tapi bagi semangat pada kawan kawan..nuff bayar betul..sikit dengan banyak je...ini..kira ok la..tiap tiap bulan aku cash out...boleh bayar ..bil Streamyx aku..
Hang kawan nuff kut !!!!..dak aih..amik nama nuff4u yu je...nasib baik kompeni nuff tak marah kat aku..hehe..

Monday, February 7, 2011

Pasangan pengantin bersanding di laut.


ZAHARI mendukung Norhidayah pada majlis persandingan yang diadakan di laut berhampiran rumah mereka di Tanjung Dahan, Alor Gajah semalam.

ALOR GAJAH – Seorang pengantin lelaki membuat kejutan apabila terjun ke dalam laut sedalam paras pinggang sambil membawa isterinya sebagai gimik persandingan selepas diarak menaiki sebuah bot di Kampung Tanjung Dahan di sini semalam.

Menurut lelaki tersebut, Zahari Mohd, 28, rancangannya untuk bersanding di dalam laut tidak diberitahu kepada sesiapa termasuk isterinya, Norhidayah Abu Kassim, 28.

Zahari berkata, dia sudah merancang untuk berbuat demikian sebulan sebelum mereka disandingkan.

Bestkan kalau..berkahwin di laut..tapi hati hati ..takut lemas nanti., biar lemas di daratan jangan lemas di lautan..hehe


Sunday, February 6, 2011

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?


SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.

KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.


KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.


ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi..

Macam mana rakyat tak memberontak..makan pun susah..gaji tak naik..presiden..kumpul duit buat harta..berbilion bilion

Saturday, February 5, 2011

Puluhan ribu solat di Dataran Tahrir


PULUHAN ribu penunjuk perasaan anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.

KAHERAH - Puluhan ribu penduduk Mesir bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah dan berdoa bagi menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera.

Perhimpunan itu menumpukan usaha ke arah meminta Hosni yang memerintah selama 30 tahun berundur dengan segera.

"Hari ini merupakan hari terakhir, hari ini adalah yang terakhir," kata para penunjuk perasaan.

Suasana di Dataran Tahrir kelmarin umpama satu pesta dengan nyanyian beramai-ramai para penunjuk perasaan anti-Hosni.

Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi turut hadir di dataran itu manakala tentera mengawal ketenteraman.

Mohamed kelihatan berbual dengan beberapa askar di dataran tersebut.

Hosni dibenci oleh para penunjuk perasaan kerana beliau dianggap gagal membawa kemajuan di negaranya ekoran kadar pengangguran yang tinggi, menindas ahli politik pembangkang dan pentadbirannya dianggap melakukan korupsi. - Agensi

Itulah kesunggohan rakyat Mesir yang mahukan perubahan bagi negara mereka yang telah diperintah oleh Presiden mereka secara kuku besi....mereka memohon doa kehadrat ilahi...semoga .Allah membuka hati Hosni Mubarak , meletak jawatan lebih awal...

Wednesday, February 2, 2011

'Tolong selamatkan kami'


RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.

Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.

"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan.

Kita di Malaysia berdoa semoga Allah ..selamatkan ..semua rakyat Malaysia disana..dan Allah turunkan pemimpin sana yang angkuh...

Tuesday, February 1, 2011

Hakim Syarie didakwa khalwat


ADAM dan Nurul Izani berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah George Town atas tuduhan berkhalwat semalam.

GEORGE TOWN - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan dekat sini pada Disember tahun lalu.

Adam Tumiran, 43, dan penasihat kewangan, Nurul Izani Md. Isa, 34, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya pada pukul 10.30 pagi.

Mereka didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri.

Ulasan..Kita sering mengharapkan..semoga.hakim hakim ini berlaku adil..tapi ini lain macam pula..apa dah jadi ni..adakah ini secara kebetulan atau..,..urusan kerja...