Home

Nuff

klik kan ye

Tuesday, January 18, 2011

Isu payu dara undang kritikan


RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.

KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Kita ni kat Malaysia , bukan negara barat boleh dibincang secara terbuka begitu sahaja,...Ibu ibu...bila dengar isu ni ..mereka malu pada anak anak...yang tidak tahu apa apa....anak anak yang baru usia bawah 10 tahun akan bertanya pada ibu mereka ..apadia payu dara itu ibu....

14 comments:

cik Ladies said...

sptutu nye msti dy tau ape risiko nye kan ..

ank2 kcil skrg niey lbih tau byk dr kter sndiri ..

singgah sini n follo :)

cik Ladies said...
This comment has been removed by the author.
Nuf4u said...

berfikir sebelum..melakukan sesuatu

Ustaz Love said...

Salam...

Jurukamera takde apa2 kuasa nak buat shot.. semua tu atas arahan penerbit.. maka, yg nakal itu adalah penerbit (penerbit rancangan tu pempuan kan?) ;)

Novelgurl said...

tak ptt x ptt..

Rama2Ungu said...

tak tengok pulak rancangan ni..sbb time keje kan..tapi tak sangka pulak eh penerbit tak berfikir bnyk pasal ni..jgn la terpengaruh sngt ngan budaya barat tu..

Seri Bahasa said...

seri ada dengar rancangan tu...tak bolehlah nak salahkan siapa2. sebelum disiarkan, sepatutnya harus di teliti dulu kesannya terhadap rakyat malaysia terutama mereka yang berugama islam.

dalam ugama islama tak ada suruh ubah ini ubah itu. apa yang Allah telah kurniakan sepatutnya kita hargai.

Sweet N Pretty said...

Semua dh terikut budaya sekular. Klu takut kt Allah tk beraninya buat segmen mcm tu. Dia lupa yg sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku krn Allah taala. Moga kita semua kekal dlm iman.

Nuf4u said...

terima kaih semua

aliza said...

mmg tak patot..

biskut said...

maka perlu ditegur..

dan bagi yang ada anak2 10 tahun yg bertanya,jelaskan dengan sebaik penjelasan.

+dieabella+ said...

gile ape...huh!

caliph shuriken said...

byk beza tv3 dulu & tv3 skrg..
suka wktu dulu2, skrg ntah apa2, huh...

Nuff4u said...

lani tv..3 ...masyuk kut