Home

Nuff

klik kan ye

Monday, January 10, 2011

Safee sedia timbang tawaran


PENJARING terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Mohd. Safee Mohd. Sali hampir pasti meninggalkan Selangor untuk menyertai salah sebuah kelab di Indonesia, Persib Bandung, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Nada pemain kelahiran Kajang yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 29 Januari depan itu semalam jelas membuktikan bahawa dia begitu teruja untuk beraksi bersama kelab luar.

Safee seakan-akan memberi isyarat awal yang dia berkemungkinan besar akan menyertai kelab Persib Bandung biarpun turut diburu dua lagi kelab Indonesia, Pelita Jaya dan Persiba Balikpapan serta sebuah kelab Vietnam.

"Memang saya nak sangat belajar dan sudah lama sebenarnya impian saya untuk beraksi di luar negara. Buat masa ini keputusan saya untuk menerima tawaran tersebut adalah 70-30. Saya mungkin akan memberi pertimbangan tawaran sebuah kelab Indonesia itu.

"Daripada tiga kelab tersebut, Persib Bandung yang betul-betul menunjukkan minat. Lagipun saya sendiri rasa jarak Bandung paling dekat. Saya juga pernah ke sana dan sudah tahu suasananya.

"Mungkin jika segalanya menjadi kenyataan, memang ada dalam perancangan untuk membawa bersama keluarga ke sana," kata Safee ketika ditemui pada majlis meraikan skuad kebangsaan oleh Nike Malaysia di One Utama, Damansara petang semalam.

Namun Safee menjelaskan bahawa dia tidaklah akan terus berhijrah ke kelab berkenaan dalam masa terdekat dan kemungkinan besar akan melengkapkan perpindahan tersebut pertengahan tahun ini.

"Saya baru pulang dari Perth, Australia bersama skuad Selangor pagi tadi (semalam). Sepatutnya dalam sehari dua ini akan berlangsung perbincangan di antara saya, Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAS) dan wakil kelab terbabit.

"Harap keputusan perbincangan tersebut mencapai sesuatu yang positif. Sebagai pemain profesional, saya mahu mengambil peluang ini sebagai satu cabaran," jelas Safee.

Andai Safee sah menyarung jersi Persib Bandung, dia akan menjadi rakan sepasukan beberapa pemain kebangsaan Indonesia seperti Cristian Gonzales, Markus Harison, Maman Abdurahman dan Eka Ramdani...KOSMO

Harap harap Shafiee dapat mendapat pengalaman baru dan sesuatu yang berguna di sana nanti

3 comments:

Yuni Aisyah said...

xyah g la safee...tahap sukan bola sepak sane ngn sini lebih kurang je...

Nuf4u said...

terim kasih

yuni aisyah

mabk.abubakar said...

pada pendapat aku lah kan.. kalo ikut umur dia tu.. sebenarnya dah terlambat gak untuk dia pie kelab luar negara.. so peluang yg ada nie sepatutnya kita sokong dia untuk dia timba pengalaman kat negara orang..