Home

Nuff

klik kan ye

Monday, January 3, 2011

'Jangan terkejut tengok muka saya'


WALAUPUN bimbang reaksi rakan-rakan, Nurul Dahyatul Fazlinda tetap akan ke sekolah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa kes simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan mungkin menjadi murid paling bimbang untuk memulakan sesi baru persekolahan hari ini.

Dia takut rakan-rakan sekolahnya tidak dapat menerima kehadirannya semula ke Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang dekat sini dengan wajahnya yang masih mempunyai kesan akibat perbuatan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin menyimbah asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu.

Sejak kejadian itu, Nurul tidak hadir ke sekolah sehingga dia kembali menyambung pembelajaran di Tahun Tiga hari ini.

“Hati saya bimbang. Saya harap kawan-kawan terima kehadiran Nurul dengan keadaan sekarang,’’ kata kanak-kanak malang itu ketika dihubungi di rumahnya di sini semalam...KOSMO

Nota : kesian.. adik ni terpaksa menanggung derita dan cacat seumur hidupnya..apalah punya bapa.. tak berperikemanusiaan langsung...semoga adik ni tabah menghadapi dugaan hidup.

16 comments:

zaL_cdpx said...

yerp..reaksi kawan2 mmg r. kang kna kutuk sia2 jer !!! cian dia..

shapoji said...

baru thun tiga...ai mmg la budak2 tue akan kutuk, harap adik nie teguhkan hati....

PuanBee said...

kesian dia! walo org tk kutuk mesti ada yg pandang2! erm harap dia tabah

pipoq said...

sabor je la dgn ujian yg menimpa..kejadian camni harapnya dapat mengingatkan kita bahawa darjat manusia pada pandangan Allah bukan pada rupa, tapi pada taqwa insan tu sendiri.

semoga adik Nurul Dahyatul Fazlinda ni tabah sentiasa.

Nuf4u said...

terima kasih semua ye..

Ms Red said...

bapa dia yang buat hal, babitkan anak pula..tak matang langsung.

ann said...

Sian nyer adik ni.. Mesti perasaan yang bercampur-baur, pedulik kan apa kata org..

munira hashim said...

saya pergi sekayu baru2 ini...saya orang Terengganu..budak ni tak keluar rumah pon..kesian sangat..zaman kanak2nya dimusnahkan oleh bapa yang tak berhati perut. dan sesungguhnya dugaan itu adalah untuk org2 yang sabar.

kay-N said...

huhu..ksian jer budak tu..pe punye bapak laa! grrr..

misyamissyou said...

ishh..kesiannye..adik ni boleh buat plastik surgery tp mahal la..agak2 ade x yg nak derma?

toyolkiut said...

berat mata mmandang, hati memikul tnggung beban x tkata..

Fantastic Ajane said...

sian dia ni...

aisyah_syahirah said...

waduh2..
ni org trg bikin buruk nama ajew r, kasian budak 2..kecik2 dah hodoh muke disimbah dengan asid tu..
klu dah suke main asid, jangan duk simbah muke anak 2, simbahlah kat muke sendiri, huhuhu..
sabaqlah deq..

Nuf4u said...

terima kasih kepada semua yang beri komen ye

LadyBird said...

kesian budak ni..
skrg dia x rs lagi bahananya,
bila dah dewasa nanti pasti die lagi tertekan..
semoga Alalh memberikan ketabahan untuknya melalui kehidupan seterusnya.. ameeennnn..

xjd7410@gmail.com said...

louis vuitton handbags
louis vuitton outlet stores
oakley sunglasses
ed hardy outlet
coach factory outlet
coach outlet clearance
kate spade outlet
timberland outlet
ray ban sunglasses discount
nike free run 2
louis vuitton outlet
ray ban sunglasses
hollister clothing
coach outlet
cheap air jordans
jordan 11
hermes birkin handbags
celine bags
adidas originals
montblanc pens
oakley outlet
polo ralph lauren outlet
beats solo
ray ban sunglasses outlet
christian louboutin shoes
juicy couture
louis vuitton handbags
coach factory outlet online
michael kors outlet
air jordan shoes
chenyingying2016715