Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, February 21, 2011

Azizulhasni juara Piala Dunia


Walaupun cedera, Azizulhasni juara Piala Dunia

SEORANG petugas wanita membantu Mohd. Azizulhasni yang cedera akibat tertusuk kayu ketika berlumba di Manchester, England semalam.

MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.

Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan.

Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan.

Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.

Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam.

Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini. KOSMO

Hebat ye..azizulhasni..nasib baik kayu yang tercucuk kakinya, tak terkena tulang

8 comments:

Wafiy Suzly said...

tahniah azizul walau kaki mu tercedera..mu tetap hebakk!

Unknown said...

tahniah walau cedera...semangat masih membara..salutu to you,azizulhasni..proud to be Malaysian!!

FurBall said...

urgh..kesian gila..akan ganggu dia nye next performance r mcm nih..huhu

Unknown said...

Bagus dia ni...
aku respek betul....
performance dia pun maintain...
tak ramai orang cam dia skang

nuf4u said...

terima kasih semua ye

rafina mimi abdullah said...

tahniah buat org ganu kite.. :)

emma marini said...

memang hebat, bangga jadi rakyat Malaysia! Malaysia Boleh!

white rose said...

dia kuat semangat laa...
kalau aku dah lama meraung2 nak mintak kawin...

hahaha...