Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Wednesday, February 23, 2011

Maut tertonggeng dalam longkang


Anggota polis melakukan pemeriksaan pada kereta Toyota Vios milik Siti Aisyah yang rosak selepas dirempuh motosikal penyamun di Taman Mega Jaya, Ampang semalam.

AMPANG JAYA – Kegembiraan dua lelaki warga asing untuk meraikan kejayaan dapat menyamun beg tangan seorang wanita tidak bertahan lama apabila salah seorang mereka mati manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang mereka tunggangi merempuh kereta mangsa di Jalan Mega 11, Taman Mega Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang suspek berusia 35 tahun mati selepas tertonggeng ke dalam longkang hingga menyebabkan kemaluannya pecah.

Rakannya yang berumur 24 tahun pula kritikal selepas cedera parah di kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang di sini.

Kejadian itu berlaku di satu persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari lokasi beg tangan mangsa disamun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika kejadian, Siti Aisyah Mahayuddin, 28, dikatakan hendak menutup pintu pagar rumahnya selepas meletakkan beg tangan di tempat duduk penumpang depan kereta Toyota Vios miliknya. KOSMO.

Sapa sangka ye..seorang wanita boleh menjadi berani apa bila , kena raompak..huhu

4 comments:

Cheqna said...

Semoga kita kembali kepada Yang Maha Esa dalam keadaan baik dan sempurna..amiiin.

Anonymous said...

masya'allah.. mati dlm keadaan yg mmalukn.... lg mmalukn d'saat hndak mghadap allah..

CikAizA said...

huhuhu... semoga ALLAH mengampunkan dosa mereka..

Arpiiz said...

tak tau sama ada nak gelak kan dekat peragut tu atau nak kesian kan..T_T