Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, June 30, 2011

Dituduh gigit kemaluan isteri..Apa punya Suami da..


KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

16 comments:

azu said...

huh..ada ka suami yg psiko cm gini..rosak sudaa

nuf4u said...

ini suami gila punya

MOK&SONS said...

ganas nyer..huhu

org muo said...

berdosa isteri tu jika menolak & enggan melayan kehendak suaminya jika dia dlm keadaaan sihat & suci..

Super Gemuk ♥ said...

terukk . hahaha .

nuf4u said...

gile punya laki

umiawadah said...

memang isteri wajib memenuhi tuntutan suami tetapi dengan cara yang elok lah...ni sampai gigit-gigit ni tak masuk akal untuk orang berakal...gigit sayang ok je he he he

nuf4u said...

macam mana gigit sayag tak tau pulak ye..hehehe

REMIX-7 said...

Alamak,.. Betul ke tu ??
akh,.. tak elok 3x

dak eina said...

ada jgk kes nie kt mahkamah =.=

Teroka said...

Name pun lelaki...kalau lelaki tak bernafsu...tak beranaklah bininye...dan akan pupuslah spesis manusia....

Unknown said...

wow.. extreme... terlampau extreme smpai menggigit...

Elie Lily said...

adoi! mintak dijauhkan dgn bnda2 macam ni..huhu

Nuff4u said...

hehehe

nairaariaa said...

gile...satu malaysia taw...ishkk...

caliph shuriken said...

kantoi sdah ada kesan gigitan kt situ, hukk...

latest en3: wordless wednesday: impian