Home

Nuff

klik kan ye

Monday, January 31, 2011

Rakyat Malaysia di Mesir selamat


KERETA-KERETA perisai melakukan rondaan di tengah bandar raya Kaherah, Mesir semalam.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang berada di Mesir dilaporkan selamat walaupun berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di ibu negara berkenaan, Kaherah sejak kelmarin.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, sehingga kini, tiada rakyat Malaysia termasuk penuntut dianggarkan 7,000 orang dilaporkan terlibat dalam gerakan anti kerajaan tersebut.

Kebanyakan rakyat Malaysia di Mesir terdiri daripada pelajar universiti terutama Universiti Al-Azhar, selain mereka yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Petronas dan Kedutaan Malaysia di negara itu.

Tentera turut diperintah mengawal semua kedutaan asing termasuk Kedutaan Malaysia di sini

Ulasan : semoga Allah melindungi rakyat Malaysia di Mesir.. Punca kejadian rusuhan adalah rasa ketidak puas hatian rakyat terhadap pemimpinnya yang banyak membuat kekayaan untuk diri sendiri, sedangkan rakyat masih ditahap yang lama..

Saturday, January 29, 2011

Kemalangan pelik kereta Volkswagen


KERETA yang dipandu seorang wanita berada dalam keadaan mengiring dalam sebuah lubang di Truro, Britain baru-baru ini.

TRURO – Sebuah kereta Volkswagen Polo berada dalam kedudukan mengiring dalam sebuah lubang sedalam 1.8 meter di sini, Britain selepas pemandunya hilang kawalan ketika hendak membuat pusingan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemandu wanita itu melanggar susur jalan dan keretanya berada di dalam lubang tersebut di tingkat bawah tanah sebuah bangunan, baru-baru ini.

Namun, pemandu berkenaan yang merupakan seorang guru berusia 25 tahun, tidak cedera dalam kejadian itu.

Keretanya kemudian dikeluarkan dengan menggunakan sebuah kren. – Agensi

Ulasan : kereta volkswagen memang tahan lasak.dan selamat digunakan. Ianya telah di gunakan semenjak zaman perang dunia lagi oleh tentera German.

Thursday, January 27, 2011

Terima Kasih Follower ke 1000


Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada follower saya Sweet N Pretty..yang telah sudi follow saya untuk follower ke 1000..

Ini serba sedikit Blogger Profile beliau :

Intan Suraya Mohd Shafie

About Me

A virtual kiosk offering sweet n pretty home deco items, clothes n accessories. Anything that's sweet n pretty we'll bring it to you.


Rakan blogger yang belum follow boleh lah ke blog http://sweetnprettykiosk.blogspot.com/ untuk follow dia...semoga anda terus berjaya dalam arena berblogger..

Tuesday, January 25, 2011

Meninjau Bandar Moscow sekejap..

Bangunan Kondominium Mewah..sebagai..tanda kemewahan penghuninya

Satu lagi Bangunan yang sedang dalam pembinaan


Bandaraya Moscow..yang tersergam Indah..masa kini yang dulunya negara komunis.

Sekadar bekongsi..maklumat..untuk menghiasi blog.aku sahaja....

Sunday, January 23, 2011

Keadaan Selepas Taufan Di Florida


Gambar Satelite.. memaparkan keadaan laut yang bergelora melanda Florida



Seekor buaya yang naik ke atas jalan untuk mencari makanan


Keranda pun boleh Terbungkas akibat taufan yang melanda di Florida Tahun lalu

Itulah keajaban dan apa saja Allah boleh lakukan sekiranya kita ..engkar segala arahanNya..

Saturday, January 22, 2011

Ferrari bekas Presiden Tunisia dicuri

IMEJ di YouTube menunjukkan sebuah forklift mengangkut kereta Ferrari milik bekas presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali.



TUNIS - Sebuah kereta mewah Ferrari 599 GBB Fiorano bernilai AS$199,189 (RM610,514) milik bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dicuri dengan menggunakan sebuah forklift, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pencuri yang mengendalikan forklift itu sempat tersenyum ketika membawa kereta curi tersebut di lebuh raya pada waktu tengah hari.

Imej kereta sport itu dicuri boleh dilihat di laman YouTube.

Isteri bekas presiden itu, Leila Trabelsi yang berusia 53 tahun dikenali kerana sangat menyukai kereta-kereta mewah.

Keluarganya dikatakan memiliki lebih 50 buah kereta yang disifatkan sebagai simbol penting perbuatan rasuah.

Digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab, bekas pendandan rambut itu juga memiliki banyak rumah mewah dan sering membeli-belah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menghabiskan ratusan ribu dolar.

Sejak Zine El Abidine melarikan diri dan tinggal dalam buangan di Arab Saudi, keadaan di bandar Tunis, Tunisia masih belum aman sepenuhnya.

Para penunjuk perasaan dilihat mencium anggota tentera dan meletakkan bunga di atas kereta-kereta kebal selepas Zine El Abidine melarikan diri pada minggu lalu.

Pentadbiran baru yang dipimpin oleh presiden sementara, Fouad Mbazaa menjauhkan dirinya daripada rejim Zine El Abidine dan mula membebaskan 1,800 banduan.

Selepas Zine El Abidine meletakkan jawatan dan melarikan diri itu, Tunisia mengumumkan aset-aset yang dimiliki oleh bekas presiden tersebut akan disiasat.

ISebelum ini isteri Zine dilaporkan membawa jongkong-jongkong emas bernilai AS$55.7 juta (RM171 juta) yang diperolehi dari Bank Negara Tunisia semasa melarikan diri.

Selain itu, para pegawai-pegawai pemerintah turut dikatakan telah menyimpan hampir AS$618 juta (RM1.89 bilion) di dalam akaun-akaun rahsia di bank Switzerland.

Walaupun Zine El Abidine yang berkuasa selama 23 tahun itu telah tumbang, penunjuk perasaan menuntut rakan-rakan presiden tersebut supaya melepaskan jawatan.

Zine meletakkan jawatan dan melarikan diri selepas sejumlah penunjuk perasaan mendesaknya berbuat demikian ekoran masalah pengangguran, rasuah dan sekatan kebebasan bersuara di negaranya. - Agensi

Itulah bila rakyat dah marah...pada Presiden yang ..talah membuat kekayaan beratus juta ringgit...depa geram la tu...


Friday, January 21, 2011

BlackBerry sekat porno di Indonesia...best


JAKARTA - Firma pengeluar telefon BlackBerry dari Kanada, Research in Motion (RIM) semalam mula menyekat akses untuk ke laman web pornografi.

Jika firma itu tidak berbuat sedemikian lesen operasi telefon itu yang menguntungkan di Indonesia mungkin akan ditarik balik.

Menurut kenyataan dalam akaun laman sosial Twitter, Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring bersyukur kerana RIM telah mengikut undang-undang dan peraturan di Indonesia.

Katanya, pornografi telah disekat dan menyatakan firma tersebut boleh meneruskan perniagaan mengikut lunas undang-undang.

Pengguna telefon Blackberry di Indonesia berjumlah lebih dua juta orang. - AFP

ini adalah arahan dari Pihak berwajib Indonesia....tahniah......kita bila lagi.........

Thursday, January 20, 2011

Hibur penumpang dengan gaya Popeye

SALAH satu aksi watak Popeye yang ditunjukkan oleh William Chavarriaga di Lapangan Terbang Olaya Herrera di Medellin, Colombia kelmarin.

Popye dalm Filem animasi

BOGOTA - Seorang pekerja pembersihan, William Chavarriaga meraikan ulang tahun yang ke-30 menghiburkan penumpang lapangan terbang dan rakan-rakannya dengan membuat mimik muka dan lagak seperti watak kartun popular, Popeye.

Chavarriaga menghiburkan penumpang-penumpang dan rakan-rakannya di Lapangan Terbang Olaya Herrera di Medellin, Colombia.

Menurutnya, dia akan terus menghiburkan para penumpang dan orang ramai kerana suka dengan perhatian yang diberikan kepadanya.

Chavarriaga yang berumur 49 tahun akan menghisap paip dan menunjukkan penumbuknya selain memiliki tubuhnya yang sasa. - Agensi

Nota : macam macam style manusia ye..........apa pun ok lah ..dari buat perkara yang orang tidak suka

Wednesday, January 19, 2011

Berebut duit syiling di lebuh raya


TANPA menghirau keselamatan dan anggota polis, orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya.

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian...SUMBER KOSMO

Hehehe..apa lah mereka ni..bahaya tau...duit orang pulak tu...

Tuesday, January 18, 2011

Isu payu dara undang kritikan


RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.

KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Kita ni kat Malaysia , bukan negara barat boleh dibincang secara terbuka begitu sahaja,...Ibu ibu...bila dengar isu ni ..mereka malu pada anak anak...yang tidak tahu apa apa....anak anak yang baru usia bawah 10 tahun akan bertanya pada ibu mereka ..apadia payu dara itu ibu....

Sunday, January 16, 2011

Raja Rimba bertarung dengan Sang Bedal


Babak pertarungan tiga ekor singa dengan seekor buaya di Botswana.

GABORONE – Satu pertarungan ganas ‘Raja Rimba’ melawan ‘Sang Bedal’ dirakam oleh seorang lelaki, Tony Goldman ketika melawat kawasan safari di Botswana, dia Afrika bersama anak lelakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pertarungan rimba itu tercetus apabila seekor buaya cuba membaham anak singa tetapi ia diterkam, dicakar dan digigit tiga ekor singa betina yang berada berhampirannya baru-baru ini.

“Buaya itu sempat menggigit seekor singa betina tetapi pemangsa tersebut mati dibaham kawanan singa betina berkenaan dalam pertarungan yang berlangsung sekitar 15 minit,” kata Goldman. – Agensi

Semalam cerita.tidur dengan singa, ari nie.singa baham Buaya pula..itulah binatang pun sayang anak..manusia sanggup buang anak........macam macam....

Saturday, January 15, 2011

Sebulan tinggal dengan singa


JIM JABLON dijilat seekor singa di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Daerah Hernando, Florida baru-baru ini.

MIAMI - Seorang pemilik sebuah pusat perlindungan haiwan liar di Amerika Syarikat (AS), Jim Jablon nekad tinggal di dalam sarang singa selama sebulan kerana ingin mengumpul dana, lapor sebuah akhbar semalam.

Jablon, 42, tidur dan makan bersama seekor singa betina berusia 18 bulan, Lea selain seekor singa jantan berusia 10 bulan sepanjang bulan ini yang bernama Ed.

Dia tinggal bersama haiwan itu di dalam kurungan seluas 278.7 meter persegi dan tinggi 3.6 meter di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Daerah Hernando, milknya di negeri Florida, AS.

"Setiap kali saya tunduk, singa-singa itu akan menerkam punggung dan mengoyakkan seluar saya, setakat ini enam seluar saya telah koyak," katanya yang mahu mengumpul dana untuk pusat penjagaan tersebut. - Agensi

Ulasan..pergh sape yang berani nak tidur ngan singa aku tak sangguppppppppppppppppp....

Friday, January 14, 2011

Polis diberi pinjam kereta Lotus


SEORANG anggota polis, Angus Nairn berdiri dekat kereta polis Lotus Evora di sebuah lebuh raya di Midlands, Britain baru-baru ini.

LONDON - Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.

Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."

Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan.

Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi

Fuhh..kereta pun boleh beri pinjam..huhu kacau ye

Thursday, January 13, 2011

Tunggu bilionair beli Monaco mini bernilai RM3.3 bilion


LAKARAN artis menunjukkan bandar raya mini Monaco terapung bernilai RM3.3 bilion.

LONDON - Beberapa pereka kapal layar mengemukakan pelan untuk membina kapal layar yang mengandungi replika bandar raya mini Monaco yang terapung di laut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kos pembinaan bandar mini itu ialah £700 juta (RM3.35 bilion) yang mengandungi replika trek lumba, Hotel de Paris, Cafe de Paris, Hotel Loews dan kasino Monte Carlo selain kolam renang serta gelanggang tenis.

Ia merupakan idea firma Yacht Island Design yang beribu pejabat di Derbyshire, Britain.

Pengarah syarikat itu, Rob McPherson berkata, reka bentuk itu bertemakan sebuah kapal layar unik dan menggambarkan gaya hidup dan prinsip canggih.

Reka bentuk bandar terapung itu sudah siap dan firma itu menunggu seorang bilionair untuk melabur dan memilikinya supaya ia menjadi realiti. - Agensi..

Ulasan..inilah salah satu cara.untuk mengaut keuntungan ..oleh pereka pereka dan arkitek.barat..yang sedaya upaya mencipta satu keunikan untuk menipu mangsanya....kita lihat siapa yang kena..........

Wednesday, January 12, 2011

Kucing boleh bercakap mama di Jawa Timur


KUCING bernama Keting ini didakwa boleh bercakap beberapa patah perkataan.

JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.

"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbardetikSurabaya.com semalam.

Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.

"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.

Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.

Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.

Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - Agensi..KOSMO

Lebih baik baca cerita kucing dari tengok cerita Fashya Sanda...yang masih tak sedar diri...

Monday, January 10, 2011

Safee sedia timbang tawaran


PENJARING terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Mohd. Safee Mohd. Sali hampir pasti meninggalkan Selangor untuk menyertai salah sebuah kelab di Indonesia, Persib Bandung, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Nada pemain kelahiran Kajang yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 29 Januari depan itu semalam jelas membuktikan bahawa dia begitu teruja untuk beraksi bersama kelab luar.

Safee seakan-akan memberi isyarat awal yang dia berkemungkinan besar akan menyertai kelab Persib Bandung biarpun turut diburu dua lagi kelab Indonesia, Pelita Jaya dan Persiba Balikpapan serta sebuah kelab Vietnam.

"Memang saya nak sangat belajar dan sudah lama sebenarnya impian saya untuk beraksi di luar negara. Buat masa ini keputusan saya untuk menerima tawaran tersebut adalah 70-30. Saya mungkin akan memberi pertimbangan tawaran sebuah kelab Indonesia itu.

"Daripada tiga kelab tersebut, Persib Bandung yang betul-betul menunjukkan minat. Lagipun saya sendiri rasa jarak Bandung paling dekat. Saya juga pernah ke sana dan sudah tahu suasananya.

"Mungkin jika segalanya menjadi kenyataan, memang ada dalam perancangan untuk membawa bersama keluarga ke sana," kata Safee ketika ditemui pada majlis meraikan skuad kebangsaan oleh Nike Malaysia di One Utama, Damansara petang semalam.

Namun Safee menjelaskan bahawa dia tidaklah akan terus berhijrah ke kelab berkenaan dalam masa terdekat dan kemungkinan besar akan melengkapkan perpindahan tersebut pertengahan tahun ini.

"Saya baru pulang dari Perth, Australia bersama skuad Selangor pagi tadi (semalam). Sepatutnya dalam sehari dua ini akan berlangsung perbincangan di antara saya, Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAS) dan wakil kelab terbabit.

"Harap keputusan perbincangan tersebut mencapai sesuatu yang positif. Sebagai pemain profesional, saya mahu mengambil peluang ini sebagai satu cabaran," jelas Safee.

Andai Safee sah menyarung jersi Persib Bandung, dia akan menjadi rakan sepasukan beberapa pemain kebangsaan Indonesia seperti Cristian Gonzales, Markus Harison, Maman Abdurahman dan Eka Ramdani...KOSMO

Harap harap Shafiee dapat mendapat pengalaman baru dan sesuatu yang berguna di sana nanti

Sunday, January 9, 2011

Blogger dakwa dipukul depan masjid


MASJID Rusila tempat AdukaTaruna mendakwa dia dipukul.

KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.

AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.

Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis

Pada 30 januari tahun lalu, Aduka teruna yang juga seorang juruteknik sambilan didakwa di Makamah Sesyen Seremban yang embuat naik ayat ayat yang mempunyai elemen-elemen menghina Almarhum Sultan Johor, dengan menggunakan laman blognya itu .

Nota : itulah padah kalau dah nak popular.sampai sanggup hina orang, dan buat tulisan bagi orang marah, kebarangkalian dari perkara inilah dia kena pukul dihadapan Masjid Rusila....andaian je...

Saturday, January 8, 2011

Mangsa cuka getah, tikam meninggal


JOHOR BAHRU - Selepas hampir sebulan bertarung nyawa, seorang gadis yang cedera parah akibat ditikam sebanyak 19 kali dan disimbah cuka getah oleh seorang lelaki di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi di sini disahkan meninggal dunia semalam.

Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 8.32 pagi di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini semalam.

Nur Ain Ashikin sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak 16 Disember lalu.

Turut berada di sisi Nur Ain Ashikin sebelum dia meninggal dunia ialah tiga kakaknya iaitu Marlina, 30, Suraidah, 27, dan Siti Zubaidah, 21.

Marlina berkata, pihak hospital telah menghubunginya pada pukul 11 malam kelmarin untuk memaklumkan keadaan Nur Ain Ashikin yang semakin kritikal. KOSMO

Kesian kat adik ni..dahlah kena simbah asid , ditikam 19 kali pulak...moga moga Allah mencucri rohnya..Al Fatihah.

Friday, January 7, 2011

Dua pencuri kabel dibelasah


DUA pemuda yang cedera dibelasah penduduk kerana mencuri kabel telefon di Kampung Mentera, Binjai semalam.

KOTA BHARU – Angkara mencari wang cara mudah, dua daripada tiga sahabat cedera teruk dibelasah penduduk kampung ketika mereka leka mencuri kabel pada tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Mentera, Binjai dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 18 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan selepas mereka mengalami luka-luka di kepala dan badan ekoran dibelasah lebih lima penduduk kampung.

Namun, seorang rakan suspek sempat melarikan diri.

Kejadian mencuri kabel pada tiang telefon itu pada mulanya disedari oleh seorang penduduk kampung selepas dia ternampak dua lelaki sedang memanjat tiang manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.KOSMO.

Malang Sungguh nasib mereka..kabel tak dapat...badan pula sakit kena balun....

Wednesday, January 5, 2011

Jadi lelaki paling gemuk di dunia kerana kecewa


PAUL MASON menggunakan kerusi roda semasa dia keluar dari rumahnya di Ipwich baru-baru ini.

PSWICH, Britain - Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason, 49, memberitahu dia menjadi terlalu gemuk selepas ditinggalkan kekasih yang lebih tua daripadanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Mason, dia makan 24 jam sehari selepas kekasihnya yang berumur 39 tahun bertunang dengan lelaki lain.

Bekas pekerja pos itu menyatakan, semasa bercinta dengan wanita itu, umurnya 21 tahun dan kekasihnya bertindak meninggalkannya ketika dia berusia 26 tahun pada 1986.

Sejak itu, dia makan 24 jam sehari dengan memakan sarapan pagi yang mengandungi 2,060 kalori, snek dengan jumlah kandungan 1,740 kalori dan makanan tengah hari mengandungi 2,200 kalori.

Jumlah kalori itu menyebabkan berat badannya meningkat kepada 444.52 kilogram (kg).

"Saya beralih kepada makanan, Apa yang saya mahukan adalah untuk mendapatkan keselesaan.

"Saya makan tanpa henti selama 24 jam pada setiap hari. Saya tidak tidur pada waktu malam kerana saya makan dengan konsisten," kata Mason yang kini bergerak dengan menggunakan kerusi roda elektrik.

Berat badannya kini 234.02kg berkurangan sebanyak 190.50kg dalam tempoh setahun selepas dia menjalani pembedahan gastrik yang dilakukan bagi mengelakkannya memakan terlalu banyak makanan. - Agensi

Satu keputusan yang merugikan diri sendiri, banyaklagi wanita yang masih kesaorangan di luar sana........

Tuesday, January 4, 2011

Saintis cipta hujan lebat di gurun


DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.

Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.

Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). - Agensi

Ulasan..Mereka merancang...tetapi ...Allah adalah sebaik baik perancang.. sama ada jadi atau tidak itu kerja Allah.........

Monday, January 3, 2011

'Jangan terkejut tengok muka saya'


WALAUPUN bimbang reaksi rakan-rakan, Nurul Dahyatul Fazlinda tetap akan ke sekolah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa kes simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan mungkin menjadi murid paling bimbang untuk memulakan sesi baru persekolahan hari ini.

Dia takut rakan-rakan sekolahnya tidak dapat menerima kehadirannya semula ke Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang dekat sini dengan wajahnya yang masih mempunyai kesan akibat perbuatan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin menyimbah asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu.

Sejak kejadian itu, Nurul tidak hadir ke sekolah sehingga dia kembali menyambung pembelajaran di Tahun Tiga hari ini.

“Hati saya bimbang. Saya harap kawan-kawan terima kehadiran Nurul dengan keadaan sekarang,’’ kata kanak-kanak malang itu ketika dihubungi di rumahnya di sini semalam...KOSMO

Nota : kesian.. adik ni terpaksa menanggung derita dan cacat seumur hidupnya..apalah punya bapa.. tak berperikemanusiaan langsung...semoga adik ni tabah menghadapi dugaan hidup.

Saturday, January 1, 2011

Jabatan terpanjang dunia siap dibina


JAMBATAN Qingdao Haiwan di China yang terpanjang di dunia siap pada Isnin lalu.


QINGDAO - Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.

Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.

"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.

Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.

Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS). - Agensi.KOSMO