Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, January 31, 2011

Rakyat Malaysia di Mesir selamat


KERETA-KERETA perisai melakukan rondaan di tengah bandar raya Kaherah, Mesir semalam.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang berada di Mesir dilaporkan selamat walaupun berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di ibu negara berkenaan, Kaherah sejak kelmarin.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, sehingga kini, tiada rakyat Malaysia termasuk penuntut dianggarkan 7,000 orang dilaporkan terlibat dalam gerakan anti kerajaan tersebut.

Kebanyakan rakyat Malaysia di Mesir terdiri daripada pelajar universiti terutama Universiti Al-Azhar, selain mereka yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Petronas dan Kedutaan Malaysia di negara itu.

Tentera turut diperintah mengawal semua kedutaan asing termasuk Kedutaan Malaysia di sini

Ulasan : semoga Allah melindungi rakyat Malaysia di Mesir.. Punca kejadian rusuhan adalah rasa ketidak puas hatian rakyat terhadap pemimpinnya yang banyak membuat kekayaan untuk diri sendiri, sedangkan rakyat masih ditahap yang lama..

5 comments:

aizatjohar said...

bayangkan 6ribu banduan terlepas..

areripe said...

alhamdulillah takdak antara rakyat kita yang menjadi pengganas ataupun terkorban.
harap-harap begitu juga....

Abu Luqman said...

makasih ye..

harap harap macam tu la

Seri Bahasa said...

bila nasib rakyat diabaikan...para pemimpin mengaut keuntungan inilah akibatnya. kadang para pemimpin lupa, mereka jadi pemimpin kerana ada rakyat. tanpa rakyat mereka pun macam orang biasa juga.

KUREKURE COMEL said...

hope diorang semua terselamat...
sama2 la kite berdoa...