Home

Nuff

klik kan ye

Wednesday, December 22, 2010

2 wanita cedera disangka mati


AIDA MOHAMAD dan anak saudaranya, Faizal Ismail lega selepas dimaklumkan Darunee dan Areena masih hidup dan dirawat di HRPB.

IPOH - Ahli keluarga Darunee Songserm, 59, dan Areena Songserm, 20, menangis kegembiraan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam apabila mereka yang mulanya turut disenaraikan antara 27 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sebenarnya masih hidup.

Identiti Darunee dan anak saudaranya, Areena yang berasal dari Pattani, Thailand bertukar dengan nama dua pelancong wanita senegaranya yang turut berada di dalam bas malang itu iaitu Malee Boonchuan dan Uraiwan Laddaklon.

Malee dan Uraiwan terkorban dalam nahas membabitkan bas ekspres dua tingkat yang membawa sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand melawat Cameron Highlands sejak Sabtu lalu. Namun, identiti kedua-dua mangsa itu kelmarin tidak dikenal pasti.

Adik Darunee, Aida Mohamad, 36, berkata, sebaik mengetahui nahas tersebut, dia terus menghubungi saudara-maranya di Kampung Tepang, Pattani untuk urusan pengebumian jenazah kakak dan anak saudaranya itu.

"Selepas menonton berita nahas tersebut di televisyen di Hatyai, saya hubungi anak sulung Darunee, Faizal Ismail, 40, di Pattani untuk memintanya pergi ke HRPB bagi proses pengecaman mayat dan urusan bawa pulang jenazah.

"Serentak itu saya juga minta saudara-mara buat persiapan termasuk gali liang lahad," kata wanita itu ketika ditemui Kosmo! di Rumah Mayat HRPB di sini semalam.

Aida memberitahu, setibanya di HRPB pagi semalam, dia kemudian menyemak senarai nama penumpang yang terkorban dan nampak nama Darunee dan Areena yang ditulis pada senarai nama mangsa yang terkorban di papan kenyataan di luar Rumah Mayat HRPB...KOSMO


3 comments:

Rafina Mimi Zairul Murni said...

takziah pada yg meninggal.....

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

alhamdulillah dan subhanallah ,, segalnya kuasa Tuhan,,

zahra pazim said...

huhu. sabar je la ye.