Home

Nuff

klik kan ye

Thursday, December 9, 2010

Tentera Iran bina bot laju 'berani mati'


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan bot Iran yang mengandungi bahan letupan.

TEHERAN - Tentera Laut Iran membina lebih 9,000 buah bot laju 'berani mati' yang dilengkapi bahan letupan untuk tujuan merempuh kapal-kapal musuh, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah bot laju itu yang sepanjang enam meter, berupaya membuat lubang berdiameter lebih tujuh meter apabila ia melanggar kapal perang musuh sekali gus menenggelamkannya.

Kira-kira 30,000 kapten 'kamikaze' telah dilatih untuk mengemudi bot-bot laju itu yang kini meronda perairan Teluk Parsi manakala pemerintah Iran merancang untuk membina sejumlah 15,000 bot tersebut.

Akhbar The Sun mendedahkan strategi perang kamikaze Iran itu didedahkan baru-baru ini oleh seorang bekas jurutera tentera Iran yang belot dan melarikan diri ke Britain.

"Mereka mahu saya membantu membina armada besar bot berani mati. Ia amat mengejutkan," katanya.

Iran mencetuskan kemarahan Barat kerana meneruskan program nuklearnya yang menurut pemerintah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik negara. - Agensi

Nota : Sebab tu...Us...dok cakap je..nak serang..tapi tak berani...

11 comments:

KiD said...

iran nak perang dah ke?

Nuf4u said...

stanby kut..sediakan payung sblum hujan

perindu_خلافة said...

kalau itu yang boleh buat US gentar.. apa salahnya!! huhuhu, semoga Iran mengikut corak yang diajarkan Quran ^_^

immukmin said...

takbir Allahhuakbar..

Abu Luqman said...

maksih

perindu : dia atas peminpinnya

Immukmin : Allahhuakhbar

Ujang9897 said...

ala2 batmat gitu bot die..hee

Encik MT said...

best gak teknik tuh kan...haha

Kenzo@MrConteng said...

uishhh! power siot!

Burp said...

US pengecut.. mcm anjing nyalak.. mai la dkt klu brani.. orang-orang barat nih takut kat Islam sbb Islam brani berjuang dan mati kerana agama.. tnye barat.. sggup ke dorg?

Asyraf Kamarul said...

cayalah iran...
satu2 negara islam yg kuat...

Nuff4u said...

Terima kasih semua ye