Home

Nuff

klik kan ye

Monday, December 6, 2010

Ikan jerung mengganas lagi di Mesir


KAHERAH - Seekor ikan jerung semalam menyerang seorang pelancong wanita Jerman yang sedang menyelam dekat sebuah resort Sharm el-Sheikh di Laut Merah, Mesir.

Ia merupakan kejadian yang ketiga dalam tempoh seminggu.

Pengarah Konservasi Sinai Selatan, Mohammed Salem berkata, wanita itu mati selepas diserang di Naama Bay.

Serangan itu berlaku sehari selepas Sharm el-Sheikh dibuka semula kepada orang ramai selepas ia ditutup sebelum ini kerana dua kejadian sama yang mengorbankan warga Rusia.

Menurut beberapa pegawai perubatan, wanita itu ditarik dari laut mati selepas jerung itu membaham paha dan lengannya.

Pada Jumaat lalu, pakar-pakar pemuliharaan berkata, mereka telah menangkap dua ikan jerung yang dipercayai telah membunuh dua perenang Rusia pada Selasa dan Rabu sebelumnya.

Sementara itu, Datuk Bandar, Gamal al-Mahdi berkata pantai tersebut dibuka semula selepas pihak berkuasa menganggap tidak ada lagi ancaman di pantai tersebut.

Pantai itu dikunjungi di antara tiga hingga empat juta pelancong setahun.

Satu siri serangan di Sharm el-Sheikh itu tidak dijangka, kata seorang pakar ikan jerung, Samuel Gruber yang mengetuai Stesen Kajian Biologi Bimini, Miami, Amerika Syarikat.

"Dalam satu hari, ikan jerung menggigit lebih seorang individu. berdasarkan kajian saya yang membaca mengenai serangan ikan jerung dan menulis mengenainya, anda tidak pernah mendengar ada ikan jerung yang menggigit lebih daripada seorang manusia," katanya. - AFP

13 comments:

*diera* said...

tu ke gamba jerung nya,.. takut.. garangnyaaa...

Iena farina said...

Aik!!!kat kaherah ada jerung gak ker????? :)

Abu Luqman said...

diera : tak pernak tengok jerung ke..

lena farina : jerung kat mana pun ada

NuRul said...

errrrr takutnya nasib baik sy tak pandai brenang

nora said...

ni yg tetiba nk takut kat laut nih

Nuf4u said...

nurul : kena belajar berenang ye

Nora : jgn takut ye...

Nazirul said...

kat malaysia ada jerung tak?

geekz36 said...

air yang tenang jangan disangka tiada jerung

Nuf4u said...

nazirul : kat Malaysia...laut dalam baru ada

geekz36...betul tu

~iera nazirah~ said...

takutnyeee

Su'AidaH IsmaiL said...

jerung??kaherah??
erk??yeke..
tk0t k0t

misSbLurRy said...

wow....bahaya di mana2 sahaja

Nuf4u said...

iera nazira : jgn takut agang ada

Su aidah Ismail : buaya darat lagi takut hehe

Misblurry : kat umah pun bahaya tau...