Home

Nuff

klik kan ye

Thursday, December 23, 2010

Kitab al-Quran ditulis guna 24 liter darah Saddam Hussein


MUKA surat al-Quran yang ditulis dengan darah Saddam Hussein.

BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.

Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.

Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

Saddam..macam macam..hang lakukan untuk terus berkuasa..akhirnya hang jatuh juga.


18 comments:

fa-in said...

agreed! sepandai2 tumpat melompat akhirnya jtuh ke tanah jua~

nadia farihah anuar said...

ciss .. tade untung lgsong .. last mampos .. haha .. padan muke ... mmg kaw jd tupai laa saddam :#

ummiarissa said...

wah! kelewatan saya dengan berita ini..ada juga kitab ditulis ngan darahnya?..macam-macam ye..

aki.tilu said...

wah,..cmne? dia tukar ink printer ngan darah die eh?

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

saddam hussein... walau kejamnya dia ,, tp dia sgt pantang jika rakyatnye dikacau ,,

acan ketot said...

ayark...
darah 3 thun derma???

Abu Luqman said...

Terima kasih semua ye.......

tieha ismail said...

hai macam-macam laaa

qilarazak said...

salam . ada dengar cerita skrang dah tak boleh copy paste akhbar online. sebab kmungkinan besar dorang akan saman blogger yang copy paste kerja mereka..

FATIN SYAFIQA said...

takot tgk video dia kena hukun gantung tu

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

zaman skang ni..
mcm2..


btw..

sila2 jenguk n mengikut disini ye..


http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

zaman skang ni..
mcm2..


btw..

sila2 jenguk n mengikut disini ye..


http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

anamizu said...

mcm2 la dunia skarang..hemm

Anonymous said...

siti faridah - orang Iraq hidup dalam ketakutan di zaman Saddam. tiada yg berani menentang Saddam. org di culik jika di-syak sbg penentang. tetapi yang bagus pasal saddam, beliau mempertahankan Palestine.

Nuff4u said...

terima kasih semua yang telah memberi komen

Gen Fujita said...

Macam-macam. Itupun entah betul entah tak darah dia. Bila dah habis perang, bermacam-macam cerita timbul, Hitler dulu pun kena juga. Entah betul entah tak.

caliph shuriken said...

diktator yg tewas, huh...

Nuf4u said...

terima kasih semua ye