Home

Nuff

klik kan ye

Saturday, December 4, 2010

Harga RON 95, gula naik lagi...huhuhu


ORANG ramai mengambil kesempatan mengisi minyak sementara harga belum naik di sebuah stesen minyak di Kuantan malam tadi.

KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.

Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam..

Nota : Nak buat macam mana ,.bahan utama naik di pasaran maka..maka .barang keperluan yang lain akan menerima tempias yang sama la...huhuhu..

7 comments:

Rafina Mimi said...

aik?gula naik juga ke?aduyai!!!

Nuf4u said...

ya rafina mimi...minyak naik..gula naik.

xkane said...

huhu..naik lagi...kata hari tu 2010 minyak tak naik...

nur said...

makin hari makin naik.. takkan kekal punye harga barang ni
ALL IN ONE

lady atie said...

gula naik lg..
x pe2 kurang sikit bilangan pesakit kencing manis nnt..
huhuhu

waden said...

nasib baik aku tak bawak keta..tak rasa lagi..

Cempakamelati said...

Harap kesan dari kanaikan harga minyak dan gula ni tak mempengaruhi sangat harga kenaikan barang..kalau naik banyak sangat harga barang..ades..bertambah lagi kos hidup..sedih-sedih.