JAKARTA - Setelah muka depan akhbar harian dan rancangan di saluran televisyen Indo- nesia saban hari sarat dengan berita skuad bola sepak kebangsaan negara itu, segalanya berubah wajah semalam.
Ia susulan kegagalan pasukan Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah tunduk 2-4 secara agregat kepada Malaysia malam kelmarin.
Saluran-saluran televisyen Indonesia yang sebelum ini sepanjang masa menyiarkan lintas langsung kemeriahan menjelang aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno kini kembali menyiarkan rancangan asal masing-masing.
Manakala laporan sukan yang berjaya mencuri tempat di muka depan akhbar-akhbar utama Indonesia sejak lebih seminggu lalu kembali kepada laporan berita biasa setelah kegagalan skuad Garuda itu.
Hanya dua akhbar Indonesia semalam yang tampil memaparkan laporan dan gambar mengenai final kedua Piala Suzuki AFF 2010 pada halaman muka depan mereka iaitu Kompas dan The Jakarta Post.
Akhbar Kompas meletakkan tajuk 'Jangan Malu Untuk Belajar' berserta gambar skuad Malaysia meraikan kejuaraan selepas menjulang trofi malam kelmarin.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Indo- nesia tidak perlu malu untuk belajar daripada kejayaan Malaysia melakar sejarah muncul juara buat kali pertama.
Akhbar The Jakarta Post pula laporan muka depannya bertajuk 'Malaysia win makes history' (Kemenangan Malaysia cipta sejarah), juga berserta gambar pasukan meraikan kejuaraan.
Lain-lain akhbar kembali meletakkan laporan Piala Suzuki AFF di halaman sukan mereka tetapi rata-ratanya tidak terlepas daripada mencemburui kehebatan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
"Bagi Malaysia, trofi itu mengukuhkan mereka sebagai pasukan paling berjaya di Asia Tenggara dalam setahun terakhir ini setelah meraih pingat emas di Sukan SEA 2009," lapor akhbar Media Indonesia.
Tambah akhbar itu lagi: "Terdapat tujuh tendangan pemain Indonesia ke arah gawang skuad bimbingan K. Rajagobal itu. Namun, kecemerlangan Khairul Fahmi menjadikannya ibarat cuba menerobos tembok yang kebal."
Akhbar Jakarta Globe juga memuji kecemer- langan Khairul Fahmi yang menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina serta beberapa serangan berbahaya Indonesia.
"Kita (Indonesia) kehilangan banyak peluang. Sekurang-kurangnya kita mampu memperoleh lima atau enam gol pada final kedua ini," kata jurulatih Indonesia, Alfred Reidl dipetik dari Jakarta Globe. KOSMO
11 comments:
suka dengan tajuk "jangan malu untuk belajar" & berharap pasukan harimau malaya kita kekal & tingkatkan prestasi permainan !
2010 tahun gemilang buat pasukan bola sepak Malaysia!
"Kita (Indonesia) kehilangan banyak peluang. Sekurang-kurangnya kita mampu memperoleh lima atau enam gol pada final kedua ini,"--->ayat takleh blah.penalti pun tak masuk..Tahniah buat keeper Malaysia
makasih semua ye...hehe
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia... I love Malaysia...
bru diorng tahu kehebatan Malaysia yerk...
7 tendangan ke gawang kita? wah dasyat tul yek Fahmi berjaya mengebalkan gawang gol kita...menarik tu!
terima kasih
wanie
tuan blog
ummiarissa
hahahahahahhaha
sangat suka ketika baca entri ni.
suka sangat.
hahahahahahhahahahahahhahahahaha.
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
try this site check over here look at this now visit this page my website helpful hints
Post a Comment